RINGKASAN
PENYAMPAIAN
Kearah
Keberkesanan Peranan Da’i Dalam Melestarikan Prinsip ‘Wasathiyah’
~ Prof Dr Hussin Mutalib
(Singapura)
Topik mengenai Wasathiyah (Moderasi Islam) - atau ‘Islam
Moderat’ atau ‘Kesederhanaan dalam Islam’ - menerima banyak perhatian hari ini,
kerana berleluasanya fahaman dan tindakan yang terang-terangan melanggar hukum
dan prinsip Islam: extremisme, radikalisme, terrorisme, liberalisme (yang
keterlaluan), dan seumpamanya. Sebenarnya, prinsip ‘moderasi’ (wasat) ini tidak sepatutnya hanya diberi
segala keprihatinan kerana adanya gejala terrorisme di dunia hari ini, kerana amalan
moderasi merupakan budaya dan tingkahlaku hidup seharian yang amat sekali
dititik-beratkan dalam Islam. Tidak perlulah kita berfikir jauh: dalam perkara biasa
seperti makanan pun, Allah swt mengarahkan kita agar “jangan berlebihan” (Al-A’raf: 31).
Apabila kita membicarakan Peranan Da’i dalam
melestarikan Moderasi Islam, tidak dapat tidak, kita sebenarnya sekaligus
menyentuh peranan para Pemimpin secara amnya, kerana dalam tugasan dakwah,
tidak banyak bezanya antara seorang Da’i dan seorang Pemimpin. Walaupun semua
dari kita, termasuk golongan ulama,
diamanahkan untuk berkelakuan seperti Khalifah
fil ard yang tugas umumnya ialah “amr bil ma’ruf wa naahi mungkar”, secara
hakikatnya, dibahu kedua-dua Da’i dan Pemimpin terletak tugas dan harapan yang
lebih besar dan lebih berat. Sesungguhnya, mereka dipertanggungjawabkan untuk
memanfaatkan ilmu mereka, bukan hanya untuk kepentingan diri sendiri tetapi
untuk kesejahteraan umat manusia keseluruhannya.
Tentunya, untuk melengkapkan diri agar mampu
melestarikan Wasathiyah (Moderasi
Islam) secara efektif, seorang Da’i itu boleh menimba berbagai jenis ilmu dari
buku dan penerbitan yang sedia ada. Tetapi, yang terbaik bagi mereka ialah
merujuk juga kepada khazanah ilmu dan panduan suci yang terkandung dalam
Al-Quran dan Al-Sunnah. Maka itu, untuk seminar ini, akan saya kemukakan
beberapa contoh dari dua sumber hukum yang amat penting ini, apabila membicarakan
ciri-ciri dan pendekatan yang perlu dipegangi dan dipraktikkan oleh para Du’at
amnya, dan Dua’t Moderis khasnya.
Yang dimaksudkan ciri dan stratejis di sini –
diperkukuhkan dengan penonjolan akhlak yang mulia - termasuklah perkara-perkara
berikut: menjiwai hukum Shari’ah sebagai penentu tindakan; meyakini bahawa
moderasi Islam sesuai untuk semua keadaan, tidak kira corak negara atau
masyarakat; bertaqwa dan berilmu; bermesyuarat (shura) dalam menangani isu-isu
besar dan kontroversial; tegas tetapi lemah-lembut; berlaku ‘adil dan tidak
melampaui batas; hikmah bertindak apabila menghadapi situasi dan suasana yang
berbeda; dan senantiasa bersabar dan beristiqamah menghadapi dugaan dan
rintangan dalam berdakwah.
Makalah Terkait:
- Med Hatta: https://my-bukukuning.blogspot.com/2018/09/risalah-batulicin-seminar-internasional.html#.W5snGdIzY1g
- H. Suti Pontong, S.Ag., MM: https://my-bukukuning.blogspot.com/2018/09/seminar-internasional-dai-islam-moderat_51.html#.W5slnNIzY1g
- Dr. Muammar Bakry, Lc., MA: https://my-bukukuning.blogspot.com/2018/09/moderasi-dakwah-islam-argumentasi.html#.W5skltIzY1g
- Dr. Hj. Hambali bin Hj. Jaili: https://my-bukukuning.blogspot.com/2018/09/seminar-internasional-dai-islam-moderat_83.html#.W5smKtIzY1g
- Dr. Abdul Rahim Wayayo, MA: https://my-bukukuning.blogspot.com/2018/09/moderasi-dakwah-islam-dakwah-islam-di.html#.W5sl29IzY1g
- Dr. M. Tata Taufik, M.Ag: https://my-bukukuning.blogspot.com/2018/09/moderasi-dakwah-islam-arah-pembaharuan.html#.W5sj69IzY1g
- Dr. Arifuddin M. Arif, M.Ag: https://my-bukukuning.blogspot.com/2018/09/moderasi-dakwah-islam-menyebarkan-nilai.html#.W5snh9IzY1g
- PROPOSAL SEMINAR: http://my-bukukuning.blogspot.com/2018/07/proposal-seminar-internasional-dai.html#.W5sqI9IzY1g
- UNDANGAN SEMINAR 1: http://my-bukukuning.blogspot.com/2018/07/undangan-partisipasi-seminar.html#.W5spZNIzY1g
- UNDANGAN SEMINAR 2: http://my-bukukuning.blogspot.com/2018/07/blog-post.html#.W5sqn9IzY1g
Tidak ada komentar:
Posting Komentar
Salam!