Dr. Hj. Hambali Hj. Jaili
Pendahuluan
Menurut Prof. Dr. Harun Din Islam digelarkan
kepada agama yang dibawa oleh Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam. Nama
ini bukanlah rekaan Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bahkan ketetapan
dari Allah Subhanahu Wa Ta’ala :
Tafsirannya :
dan Aku telah redhakan Islam itu menjadi ugama untuk kamu. (Al-Maidah : 3)
Latar belakang unsur-unsur keislaman di Brunei dapat diteliti menerusi
Perlembagaan Negeri Brunei 1959. Bab 3 (1) dari Perlembagaan tersebut
menegaskan bahawa ‘ugama rasmi negeri ialah Ugama Islam menurut Ahli Sunnah Wal
Jama’ah, tetapi ugama-ugama yang lain boleh diamalkan dengan aman dan sempurna
oleh mereka yang mengamalkannya’.