My Buku Kuning Center : MODERASI DAKWAH ISLAM: MELESTARIKAN PRINSIF WASATHIYAH

DROP MENU

Senin, September 03, 2018

MODERASI DAKWAH ISLAM: MELESTARIKAN PRINSIF WASATHIYAH



RINGKASAN PENYAMPAIAN

Kearah Keberkesanan Peranan Da’i Dalam Melestarikan Prinsip ‘Wasathiyah’
(Moderis Islam) *[1]

~ Prof Dr Hussin Mutalib
(Singapura)


Topik mengenai Wasathiyah (Moderasi Islam) - atau ‘Islam Moderat’ atau ‘Kesederhanaan dalam Islam’ - menerima banyak perhatian hari ini, kerana berleluasanya fahaman dan tindakan yang terang-terangan melanggar hukum dan prinsip Islam: extremisme, radikalisme, terrorisme, liberalisme (yang keterlaluan), dan seumpamanya. Sebenarnya, prinsip ‘moderasi’ (wasat) ini tidak sepatutnya hanya diberi segala keprihatinan kerana adanya gejala terrorisme di dunia hari ini, kerana amalan moderasi merupakan budaya dan tingkahlaku hidup seharian yang amat sekali dititik-beratkan dalam Islam. Tidak perlulah kita berfikir jauh: dalam perkara biasa seperti makanan pun, Allah swt mengarahkan kita agar “jangan berlebihan” (Al-A’raf: 31).





Apabila kita membicarakan Peranan Da’i dalam melestarikan Moderasi Islam, tidak dapat tidak, kita sebenarnya sekaligus menyentuh peranan para Pemimpin secara amnya, kerana dalam tugasan dakwah, tidak banyak bezanya antara seorang Da’i dan seorang Pemimpin. Walaupun semua dari kita, termasuk golongan  ulama, diamanahkan untuk berkelakuan seperti Khalifah fil ard yang tugas umumnya ialah “amr bil ma’ruf wa naahi mungkar”, secara hakikatnya, dibahu kedua-dua Da’i dan Pemimpin terletak tugas dan harapan yang lebih besar dan lebih berat. Sesungguhnya, mereka dipertanggungjawabkan untuk memanfaatkan ilmu mereka, bukan hanya untuk kepentingan diri sendiri tetapi untuk kesejahteraan umat manusia keseluruhannya.

Tentunya, untuk melengkapkan diri agar mampu melestarikan Wasathiyah (Moderasi Islam) secara efektif, seorang Da’i itu boleh menimba berbagai jenis ilmu dari buku dan penerbitan yang sedia ada. Tetapi, yang terbaik bagi mereka ialah merujuk juga kepada khazanah ilmu dan panduan suci yang terkandung dalam Al-Quran dan Al-Sunnah. Maka itu, untuk seminar ini, akan saya kemukakan beberapa contoh dari dua sumber hukum yang amat penting ini, apabila membicarakan ciri-ciri dan pendekatan yang perlu dipegangi dan dipraktikkan oleh para Du’at amnya, dan Dua’t Moderis khasnya.

Yang dimaksudkan ciri dan stratejis di sini – diperkukuhkan dengan penonjolan akhlak yang mulia - termasuklah perkara-perkara berikut: menjiwai hukum Shari’ah sebagai penentu tindakan; meyakini bahawa moderasi Islam sesuai untuk semua keadaan, tidak kira corak negara atau masyarakat; bertaqwa dan berilmu; bermesyuarat (shura) dalam menangani isu-isu besar dan kontroversial; tegas tetapi lemah-lembut; berlaku ‘adil dan tidak melampaui batas; hikmah bertindak apabila menghadapi situasi dan suasana yang berbeda; dan senantiasa bersabar dan beristiqamah menghadapi dugaan dan rintangan dalam berdakwah.



*[1] MAKALAH Dipersiapkan untuk Disajikan pada Seminar Internasional Da’I Islam Moderat Kalimantan Selatan dengan Tema: “Dakwah Islam Moderat: Antara Konsep dan Aplikasi” Batulicin, Kalsel, 5-7 September 2018.


Makalah Terkait:
  1. Med Hatta: https://my-bukukuning.blogspot.com/2018/09/risalah-batulicin-seminar-internasional.html#.W5snGdIzY1g
  2. H. Suti Pontong, S.Ag., MM: https://my-bukukuning.blogspot.com/2018/09/seminar-internasional-dai-islam-moderat_51.html#.W5slnNIzY1g
  3. Dr. Muammar Bakry, Lc., MA: https://my-bukukuning.blogspot.com/2018/09/moderasi-dakwah-islam-argumentasi.html#.W5skltIzY1g
  4. Dr. Hj. Hambali bin Hj. Jaili: https://my-bukukuning.blogspot.com/2018/09/seminar-internasional-dai-islam-moderat_83.html#.W5smKtIzY1g  
  5. Dr. Abdul Rahim Wayayo, MA: https://my-bukukuning.blogspot.com/2018/09/moderasi-dakwah-islam-dakwah-islam-di.html#.W5sl29IzY1g
  6. Dr. M. Tata Taufik, M.Ag: https://my-bukukuning.blogspot.com/2018/09/moderasi-dakwah-islam-arah-pembaharuan.html#.W5sj69IzY1g
  7. Dr. Arifuddin M. Arif, M.Ag: https://my-bukukuning.blogspot.com/2018/09/moderasi-dakwah-islam-menyebarkan-nilai.html#.W5snh9IzY1g
  8. PROPOSAL SEMINAR: http://my-bukukuning.blogspot.com/2018/07/proposal-seminar-internasional-dai.html#.W5sqI9IzY1g
  9. UNDANGAN SEMINAR 1: http://my-bukukuning.blogspot.com/2018/07/undangan-partisipasi-seminar.html#.W5spZNIzY1g
  10. UNDANGAN SEMINAR 2: http://my-bukukuning.blogspot.com/2018/07/blog-post.html#.W5sqn9IzY1g


Tidak ada komentar:

歓迎 | Bienvenue | 환영 | Welcome | أهلا وسهلا | добро пожаловать | Bonvenon | 歡迎

{} Thanks For Visiting {}
{} شكرا للزيارة {}
{} Trims Tamu Budiman {}


MyBukuKuning Global Group


KLIK GAMBAR!
Super-Bee
Pop up my Cbox
Optimize for higher ranking FREE – DIY Meta Tags! Brought to you by ineedhits!
Website Traffic