RINGKASAN
PENYAMPAIAN
Kearah
Keberkesanan Peranan Da’i Dalam Melestarikan Prinsip ‘Wasathiyah’
~ Prof Dr Hussin Mutalib
(Singapura)
Topik mengenai Wasathiyah (Moderasi Islam) - atau ‘Islam
Moderat’ atau ‘Kesederhanaan dalam Islam’ - menerima banyak perhatian hari ini,
kerana berleluasanya fahaman dan tindakan yang terang-terangan melanggar hukum
dan prinsip Islam: extremisme, radikalisme, terrorisme, liberalisme (yang
keterlaluan), dan seumpamanya. Sebenarnya, prinsip ‘moderasi’ (wasat) ini tidak sepatutnya hanya diberi
segala keprihatinan kerana adanya gejala terrorisme di dunia hari ini, kerana amalan
moderasi merupakan budaya dan tingkahlaku hidup seharian yang amat sekali
dititik-beratkan dalam Islam. Tidak perlulah kita berfikir jauh: dalam perkara biasa
seperti makanan pun, Allah swt mengarahkan kita agar “jangan berlebihan” (Al-A’raf: 31).